Thursday, May 18, 2017

#19 Duit dan Rezeki

Sekarang dah hujung bulan, bagi pekerja makan gaji macam aku ni duit belanja utk rumah tangga makin sikit, ditambah lagi masih ada seminggu untuk gaji. Risau pun ada. Dah hujung minggu ni merata tempat jauh perlu disinggahi, dengan tujuan hal keluarga dan program sekolah Cik Apple Hijau.

Makanya, duit banyak lagi nak kena dibelanjakan....

Masuk je masjid untuk solat Jumaat, tazkirah dah rancak bercerita bab duit. Aku duduk je, ustaz sampai pada point yang puppp, pelepuk atas kepala aku sekeping penampar Mat Over. "Kita jangan minta kemudahan dunia, kita minta duit waktu kita susah, dah dapat duit kita susah pula nak urus duit", kata ustaz.

Sambung ustaz, "Patutnya kita minta ketenangan hati, berdoa agar ditingkatkan iman, rezeki tu datang pada kita". Ustaz sambung pulak pasal keikhlasan solat, kita ni takut nal tinggal solat ni, sebab takut nanti rezeki tak dapat ke, atau takut Allah Taala?

Pelepuk lagi sekali penampar Mat Over atas kepala....

#18 Pencarian buku sebagai hadiah

Sekolah tempat Cik Apple Hijau bekerja akan mengadakan dinner, dan setiap staf diminta untuk membawa hadiah bernilai lebih RM20.00 untuk ditukar-tukar dengan staf yang lain. So, sweet.. macam zaman sekolah-sekolah dulu.

So, selepas cadangan aku yang lain ditolak, maka Cik Apple Hijau pun bersetuju dengan cadangan aku untuk menjadikan senaskah buku sebagai hadiah. Sekarang ni di kedai buku Popular, menunggu Cik Apple Hijau mencari senaskah buku yang sesuai untuk seorang guru.

So, mata aku pun mencari la mana-mana buku untuk dihakimi. You know, please judge a book by its cover...

#17 Penebusan Voucher

Bulan Mei adalah bulan hari lahir aku, dan peliknya bulan ni banyak pulak voucher yang aku dapat. Salah satu vouchernya adalah set makanan dari restoran Korea, DuBuYo. Disebabkan voucher ni hanya sah dengan pembelian, so Cik Apple Hijau pun menempek sekali.

Set yang free adalah SoonDubu Jigae with selection of seafood. Satu yang aku tak berkenan restoran ni adalah harga air yang overprice. Teh hijau RM4.00 dan air sedap sikit worth RM8.00. What the heck?

This SoonDuBu Jigae ada tauhu, menyebabkan selera terbantu, but to think of it, its free.. that's fine, alhamdulillah... Next voucher yang still available adalah tiket wayang GSC untuk 2 orang, Regular Pizza from Domino's Pizza with price of RM12, dan satu lagi aku lupa... Owh, man...

Wednesday, May 17, 2017

#16 Hari Baik Buruk Kita

Hari ni kerja bermula dengan perasaan cuak, sebab ada Production Obeya - we present our project/activity status to our ED. Mesti ada yang pedas kena tembak, so nobody like Obeya unless for kaki gosok bos.

Aku, seperti biasa adalah jenis orang suka buat kerja lambat, tetapi dah tetapkan yang presentation aku akan mula disiapkan start pukul 11 pagi dan akan siap sebelum pukul 1 petang. Last hope that the Obeya ni dibatalkan saat akhir, aku tanya RSK, "Jadi ke bos Obeya?", penuh pengharapan.

RSK jawab, "Aku tak pasti, aku dah tanya atas, tunggu respond. So far, kita assume jadi je". "Cheit", jawabku. Cuma dalam hati, malas la layan Obeya. Aku pun turun ke line untuk submit form ke group leader aku. Naik balik sebab terlupa nak bawak paper untuk Obeya.

"Fuh legaaaa, Obeya pospont minggu depan", RSK cakap kat aku bila aku masuk semula ke office. Dengan hati yang tersayu lara, you sir, get my full respect. Good news, at last.

Selepas beberapa minit berlalu, masuk satu SMS dari MSS, berita kematian isteri seorang Senior Manager sini. Damn, hati tersentak. Bagaimana perasaan aku nanti kalau aku yang berada di tempat dia. Sedih....tak mampu nak dibayangkan.

Kini, Apple Hijau terbayang terus dalam minda........

#15 My Wife become a Goblin

Last 2 months, my brother proposed to me to watch Goblin TV series from Korea. I gave it a try, and my mind blowing like a bomb. The premises and the story flow are so good, plus the casts are so perfect. After finishing it, I asked Cik Apple Hijau to watch it.

Immediate reply was a big no. Too much focused with her new job, I guess. Never mind, I continued to watch Descendant of the Sun, with its main actor, Song Jong Ki. Not as good as Goblin with his mysterious magic and trick, but still okay. Within a month, both TV series were completely watched by me.

Partially regret, half due to no more TV series to watch, the other half due to too much hours wasting for that.

Last 2 days, I cannot remember why, suddenly Cik Apple Hijau started to watch it. I thought she may be boring to watch it, but right now she is watching up to Episode 5! OMG - i guess she's becoming an addict!

#14 Pizza's Night

Hari ni ada heboh dalam Whatsapp group berkenaan virus ransomware yang membahayakan sistem database, termasuk data bila kita guna ATM. Disebabkan duit cash kat tangan aku dan cik Apple Hijau dah kurang, maka biarlah kena serang pun.

So, one thing leads to another, tiba-tiba cik Apple Hijau convince me to bring her to withdraw some cash and stop at Domino's Pizza, which located just 5 minutes from our home. Dan macam biasa, kami order 4 unit Personal Pizza dengan harga RM22.00. Kami suka beli macam ni, boleh pilih 4 jenis topping dan rasa topping yang berbeza.

Anyway,  for the record berat badan latest adalah 119.9 kg. Owh, damnnn... :-(

#13 Menulis Semula

Last post 11/08/2017, dan macam-macam yang berlaku pada aku dan cik Apple Hijau. Tiba-tiba je terlintas nak menulis balik. Aku ni jenis malas nak tulis kat facebook, malu kalau orang baca. Kat blogspot ni tak apa, tak ada orang baca pun.

Kerja yang baru sekarang ni, dan cik Apple Hijau pun sekarang dah ada kerja sementara... Lots to talk about, but save it for the other day. Today just a fresh warm up, hopefully it's become istiqamah to write myself a few words. Amin....