Thursday, May 18, 2017

#19 Duit dan Rezeki

Sekarang dah hujung bulan, bagi pekerja makan gaji macam aku ni duit belanja utk rumah tangga makin sikit, ditambah lagi masih ada seminggu untuk gaji. Risau pun ada. Dah hujung minggu ni merata tempat jauh perlu disinggahi, dengan tujuan hal keluarga dan program sekolah Cik Apple Hijau.

Makanya, duit banyak lagi nak kena dibelanjakan....

Masuk je masjid untuk solat Jumaat, tazkirah dah rancak bercerita bab duit. Aku duduk je, ustaz sampai pada point yang puppp, pelepuk atas kepala aku sekeping penampar Mat Over. "Kita jangan minta kemudahan dunia, kita minta duit waktu kita susah, dah dapat duit kita susah pula nak urus duit", kata ustaz.

Sambung ustaz, "Patutnya kita minta ketenangan hati, berdoa agar ditingkatkan iman, rezeki tu datang pada kita". Ustaz sambung pulak pasal keikhlasan solat, kita ni takut nal tinggal solat ni, sebab takut nanti rezeki tak dapat ke, atau takut Allah Taala?

Pelepuk lagi sekali penampar Mat Over atas kepala....

No comments:

Post a Comment