Thursday, August 11, 2016

#12 Audit = Exam

Zaman sekolah dulu, antara perkara yang menghantui kita adalah peperiksaan atau exam. Makin penting exam tu, makin kita risau. Bagi yang kuat study dan prepare betul-betul memang gemuruhnya kurang berbanding yang kurang prepare. Oleh itu, tahap gemuruh adalah berkadang songsang dengan tahap preparation kita:

Tahap gemuruh = 1/tahap preparation

Maksudnya, semakin tinggi tahap preparation kita, semakin kurang gemuruh dan semakin rendah tahap preparation kita, semakin tinggi tahap gemuruh. Wow...ini adalah hipotesis...

Dan bila selepas kita habis exam terutamanya paper yang last, kita akan rasa ketenangan yang luar biasa sebab dah habis kesengsaraan. Bila habis ambil SPM, wah..kita dapat tengok pelajar Tingkatan 5 sangat bahagia. Sama jugak seperti pelajar Tahun Akhir di universiti. Tapi kembali gemuruh time result nak keluar. Kemudian kembali tenang semua.

Dah sesungguhnya kita merasakan sangat lega bila result exam terakhir final semester dah keluar. Dan sangat-sangat look forward untuk zaman bekerja tang tiada exam...waaahh...innneeeer peaaacee..

Tapi malangnya....

Itu hanya mimpi...

......

......

Aku bekerja dalam manufacturing, terlalu banyak "exam", tapi dalam bentuk AUDIT. Kilang aku ada banyak audit, ISO/TS16949, ISO 14001, Manufacturing Process Audit, dan audit-audit dari customer. Bila datang audit je, semua orang yang terlibat akan gundah-gulana dan tak tentu arah. Masing-masing mula betulkan dan siapkan apa yang patut.

Sebab apa jadi macam tu? Sebab...

Tahap gemuruh = 1/tahap preparation

Itu je sebabnya. Buat kerja tak ikut SOP dan main langgar je dan satu lagi, dah tak prepare kan... Dan buat yang sedang bahagia mengidamkan kerjaya idaman anda, anda akan dihantui oleh

....AUDIT....

But believe me, AUDIT is much harder than EXAM.....haihhh... =(

Wednesday, August 10, 2016

#11 Orang Lain Kerja Hebat Dah...

Aku dah kerja lebih 3 tahun setengah dah. Di tempat kerja sekarang ni saja dah 3 tahun. Jawatan masih sama, skop kerja ke tukar sana sikit, sini sikit. Biasalah kerja dengan customer, dia pun bos kita, bos kita pun bos kita jugak.

Bila bukak Facebook, tengok kawan-kawan seangkatan kita masa belajar di sekolah atau di menara gading, semua berjaya.. Alhamdulillah, tahniah kepada semua. Tapi hati kecil terasa jugak bila tengok pencapaian mereka jauh lagi baik dari kita. Sayu je rasanya....

Ada yang pakai kereta yang gaji kita tak mampu dan ada yang ke sana sini untuk business trip meredah segala negara yang ada, China, Jepun, USA dan lain-lain. Tu tak kira yang dapat kerja di syarikat gergasi yang confirm gaji besar, tentu mereka gembira. Kadang-kadang tengok company mereka hantar training ke hotel pun kita jadi cemburu.

Sebab apa cemburu? Normal bagi manusia, hati ni selalu memujuk macam tu. Kita lihat orang lain naik kereta besar kita cemburu sebab kita pun teringin nak memiliki apa yang dia ada. Kalau kita dah pakai Honda Accord yang dah sangat mewah pun, tetap akan cemburu jugak dengan orang yang naik Ferrari. Bila compare bab kebendaan, memang tak pernah cukup.

Tapi bagaimana dengan kerjaya? Kita compare kita ni masih Assistant Engineer, orang lain dah naik pangkat atau dah kerja dengan syarikat best. Memang terusik jugak hati ni tengok kawan lain pakai smart pergi travel meeting dan sebagainya. Kita ni pulak masih menghadap customer dan tangan kotor dengan minyak.

Tapi aku pernah dengar kisah menakjubkan, ada seorang kerja sebagai Safety Engineer di pelantar, gaji RM16 ribu sebulan. Tapi bila isteri sakit bersalin di hospital, dia tak boleh balik. Sampai terpaksa menipu isteri kata helikopter esok akan sampai bila isteri call. Sedangkan helikopter hanya sampai seminggu dari hari tu. Allah, bila gaji tak ada masalah, manusia kalah dengan masa yang terbatas.

Bila direnung kisah itu, terdiam berfikir sekejap. Dengan kerja aku sekarang ni yang biasa-biasa, ada masa lagi dengan isteri dan keluarga. Ada lagi masa yang boleh digunakan untuk berehat. Terdetik masih bersyukur Allah masih peruntukkan masa untuk diri sendiri. Tapi bukan bermaksud tak perlu dah usaha untuk kerjaya kita....

....Usaha tetap kena usaha!

#10 Takaful Consultant

First step nak jadi Takaful Consultant dah lepas bila dah jumpa orang yang berjaya dalam bisnes ni. Second step pulak lepas ni, baru je dapat confirmation untuk Takaful Basic Examination, TBE bulan depan. Bayaran exam RM 84.40 termasuk GST.

Dijadualkan 03/09/2016 petang pukul 5.00-7.00 PM hari Sabtu di Shah Alam. Sebelum ke exam tu, aku dengan cik Apple Hijau akan join training utk jawab TBE Sabtu ni di Jalan Ipoh, KL. Tengok la macamane nanti, harap insyaAllah terus lulus.

FOKUS untuk bersedia menjadi Takaful Consultant yang berjaya, insyaAllah!

#9 Public Speaking Part 2

Just want to share this feeling. Ini kali pertama aku dengar kawan sejawatan aku, Mr. A present depan orang ramai. Peluang ini pun dapat bila aku nak tumpang sekali presentation dia untuk case yang aku pegang. Time tu pukul 2.40 pm, dia mula dulu dan aku selepas dia.

Apa yang dia present depan semua operator production adalah berkenaan masalah yang dijumpai oleh subordinate dia yang tak dijumpai oleh pihak production. Overall presentation, aku rasa nak pengsan je mendengarnya! Kalau aku jadi operator pun aku sangat-sangat terasa dengan apa yang dicakapnya. Yang aku dapat perhatikan:

Tak fokus
Semasa present, dia akan distracted dengan orang yang keluar masuk ke dewan presentation. Orang masuk je dia berhenti walaupun dia tengah present. Orang yang sedang fokus apa yang dia present pun boleh jadi tak fokus.

Sound direct!
Orang tak suka mendengar kesalahan kita sendiri walaupun memang betul salah kita. Tapi dia, terus sound "saya dah kata dah..", "korang tak nak dengar.." dan lain-lain. Patutnya jangan guna "korang", tapi kena guna "kita" supaya yang mendengar tu rasa semua orang kena buat sesuatu dengan kesalahan itu, bukan tahu blame sahaja

Beremosi
Dia sangat-sangat beremosi, cakap pun macam marah-marah, menyindir orang, dan tunjuk sangat yang kita tak puas hati. Kita kan engineer, kena professional bila menyampaikan maklumat atau menegut kesalahan orang. Bila beremosi, orang pun tak suka dengan kita.

Backup orang bawah sendiri berlebih sangat
Dia macam salahkan orang lain yang menentang orang bawahan dia. Memang la tak patut, tapi jangan blame orang sampai nampak subordinate awak semua betul. Orang production akan lagi tak suka dengan awak sebab asyik defend pihak awak je.

Aku rasa dia kena berubah supaya orang akan boleh terima pandangan atai teguran dia. Lagi satu, bila jadi ketua awak bukan nampak hebat kalau awak highlight kesalahan orang tapi awak cuba bantu nak baiki kesalahan sesama kita. Baru la boleh jadi engineer yang hebat!

Tuesday, August 9, 2016

#8 Bila Kau Terkedu Bila Dia Berkata-kata

Semalam tak jadi follow ayah saudara cik Apple Hijau (kami panggil ayah Su) jumpa leader takaful dia di Shah Alam. Jadi hari ni plan jumpa ayah Su, leader dia Mr. F dan 4 5 orang group member mereka. Lepak di Restoran Medina Ayer@8, Putrajaya.

Bila berhadapan dengan Mr. F, wowww... Kita boleh rasa kita berhadapan dengan orang yang berjaya dan nak bantu kita berjaya jugak. Dia share dengan kami sangat bersahaja, tapi aku tahu dia begitu sebab dia berilmu dengan apa yang dia cakap. Bukan calang-calang orang boleh buat aku convince untuk terima apa dia cakap. Tapi dia boleh....ffuuhh...

Apa yang dibincangkan? Biar antara kami yang tahu. Benda baik yang bermanfaat untuk orang lain mudah je untuk kita terima. Sebabnya ia sangat berkaitan dengan diri kita dab kehidupan kita Tapi mungkinkah yang yang dia kongsi tu kebarangkalian satu pemangkin untuk aku dan cik Apple Hijau berubah? Doakan....

#7 Public Speaking Part 1

Dah lama rasanya tak berucap di hadapan ramai orang dalam program rasmi. Tapi memandangkan tiba giliran aku untuk menjadi wakil salah satu jawatankuasa di kilang untuk bulan ini, berpeluh jugak memikirkan dan prepare apa yang patut. Tapi buat relaks dan lakukan yang terbaik.

So, program rasmi syarikat ni dijalankan secara bulanan dan yang menjadi chairperson program tersebut adalah level Assistant Manager dan ke atas, yang akan bergilir-gilir setiap bulan. Lucunya, setiap kali mereka membentangkan sesuatu di hadapan, mereka hanya membaca satu persatu perkataan dalam slide presentation. Seolah-olah itu kali pertama mereka melihat slide itu. Bila mereka try nak olah, tak tau nak olah apa dan tekan next slide. Tidak prepare awal ke?

Silap sebut la, tiada olahan tentang apa yang dibentangkan dan macam syok sendiri. Kalau di pihak kami ni mungkin faham, cuma adakah pemahaman yang sama diterima oleh para pekerja lain, malah pekerja foreigner? Sepatutnya pada level manager tak sepatutnya hal ini berlaku sebab anda di pihak pembentang paling perlu faham apa yang nak disampaikan. Lebih-lebih lagi bila jawatan anda sebagai pengurus atau manager.

Mungkin sedikit kekok barangkali sebab tak selalu bentang depan orang. Itu bukan masalahnya. Cuma preparation anda sepatutnya lancar dan teratur. Bukan baca sahaja apa yang ada dipaparkan. Nak tegur, awak manager.

Aku? Aku present dengan cemerlangnya..flawless! Haha...COO angguk berkali-kali tau. Tu tandanya bagus la tu..hahaha! Tak ada maknanya..

..........ke laut jugak! =)

#6 Penat Lelah Duduk Di KL

Aku dan cik Apple Hijau hampir 2 tahun duduk di KL ni. Walaupun rumah kami hanya di pinggir area KL, memang dah terbukti belanja akan lebih tinggi berbanding dengan orang lain yang tidak seperti kami. Pendek kata, tak syok mana pun duduk KL ni! Sebab apa?

Tol
Di sekeliling kawasan KL ni memang pusing tang mana pun ada tol. Ke Bangi, tol. Ke Pusat Bandaraya KL, tol. Ke Petaling Jaya, tol. Ke Subang Jaya, tol. Ke Shah Alam dan Klang pun tol jugak. Pening kepala bertambah bila sekarang ni hampir kesemua plaza tol hanya menerima Touch n Go sahaja. Susah duit nak rolling kalau duit hanya duduk ada dalam kad tu je.

Tiada tempat menarik berunsurkan alam
Kalau dulu di Banting masa aku belum kahwin, pantai dan bukit menjadi tempat menarik untuk dilawati. Jalan-jalan keliling kampung orang pun asyik jugak naik motor. Kat KL, pusing mana pun yang ada hypermall, Tesco, Giant, Ikea je. Barang yang ada kat sana pun hanya mampu tengok je. Nak buat apa tengok je...

Parking fee
Parking pun kena bayar. Hampeh betul.

Tiada tempat makan menarik
Tempat makan yang sedap dan murah memang ada, tapi kalau asyik makan kat situ je, ianya akan bertukar menjadi muak. Orang akan kata "KFC, Pizza kan ada". Hello, sedap dan murah ok...

Jaaammmmmm!
Ni yang paling tak tahan. Kadang-kadang entah apa yang menyebabkan jam. Ke sana sini pun jam. Sebab tu lagi selesa naik motor pergi balik kerja.

Kami berdua cadang nak keluar dari Lembah Klang dalam masa 1 2 tahun ni. Itupun lepas cik Apple Hijau habiskan belajar dia. Kuantan, Seremban atau Melaka menjadi pilihan. Dah tak tahan dah...penat duduk sini...

Monday, August 8, 2016

#5 Bagai di Luar Negara

Semalam cadang nak jumpa ayah saudara cik Apple Hijau nak bincang pasal takaful, malangnya tak jadi pulak di saat-saat akhir. Salah aku jugak tak tanya dia sebelum bergerak ke Shah Alam. Dah sampai di Tesco Shah Alam baru tanya dia jadi ke tak. Tak apa la, melencong la kami ke tempat lain.

Cik Apple Hijau cadangkan untuk ke Uptown Shah Alam, tapi bila baru lepas Maghrib waktu tu mungkin kat sana tak bukak lagi kedai-kedai di sana. So, kami ke i-City Shah Alam yang hanya 20 minit dari Tesco Shah Alam. Yang peliknya Tesco Shah Alam ni ada parking fee pulak RM 2.00. Patut la tak ramai orang dan banyak barang nak tamat tempoh dah. Apa punya pelik...

Last kami ke i-City adalah selepas kahwin, 2 tahun yang lalu. Sampainya di i-City, wah... Suasananya sangat berbeza. Sangat-sangat truja dengan macam-macam lampu dan tempat menarik! Lagi menarik sebab kita tengok ramai orang foreigner yang berjalan-jalan dan main di sana. Jadi sangat meriah dibuatnya.

Sempat jugak la kami berselfie tak tau malu di sekitar kawasan i-City tu. Plan dengan cik Apple Hijau, insyaAllah akan ke sini lagi lepas ni...

#4 Kerja No. 2, 3, 4 dan seterusnya.

Sejak dua tiga minggu ni hati rasa terkobar-kobar nak sediakan diri untuk daftarkan diri sebagai pemandu Uber. Ini pun bermula bila rakan sekerja bagitau yang dia dah cuba daftar sebagai pemandu Uber tapi hadapi masalah. Tertarik dengan cerita dia, maka malam tu jugak aku start daftar dengan Uber.

Hampir seminggu jugak diperlukan sehingga siap segala dokumen dan sekarang dah boleh online sebagai pemandu Uber yang aktif, siap bila online tak sampai 2 minit dah ada yang request, wow! Tapi, hati masih takut nak mula. Ditambahkan pula perlu sediakan wang lebihan buat minyak kereta, tol, internet untuk online dan cuci kereta. Modal juga tu...

Semalam bila ayah saudara cik Apple Hijau inform berkenaan aktiviti satu group takaful yang menrekruit member baru join mereka hari ni, memang semangat nak pergi. Dah sampai di Shah Alam pukul 7 malam, terus aku whatsapp dia sebab memang semangat nak pergi dan daftar diri sebagai konsultan. Malangnya..aktiviti terpaksa dibatalkan atas sebab tertentu dan ditunda esok pulak...

Dua perkara, pemandu Uber dan konsultan takaful antara dua aktiviti yang bagi aku bersesuaian untuk dijadikan sumber kewangan ke 2, 3 atau yang seterusnya. Zaman sekarang ni, suami isteri dah kerja pun masih mencari kerja tambahan nak menampung perbelanjaan hari keluarga. Dugaan....

#3 Berakhirnya perjuangan Pokemon Go

Pagi tadi, bangun tidur terus sambar handphone dan on game Pokemon Go, mana tau ada Pokemon rare yang wujud waktu pagi ni. Hati tu asyik teringatkan game tu je. Dapat la jugak tangkap beberapa ekor Pokemon sebelum pergi mandi.

Lagi teruknya bila dah naik motor nak pergi kerja, on display handphone supaya tak auto off untuk pastikan game tu sentiasa on sepanjang perjalanan ke tempat kerja. Handphone diletakkan dalam bakul motor dan sekejap-sekejap mata pandang ke handphone nak tengok ada tak pokemon yang muncul. Langaung tak terfikir handphone boleh jatuh dari bakul.

Sampai tempat kerja, parkir motor dan termenung sekejap sebelah motor lepas engine dimatikan. Eh, sekejap. APA JADI DENGAN AKU NI? Memang game ni buat orang ketagih. Takkan la nanti waktu kerja aku akan sentiasa sibuk dengan kerja pulak? Apa jadi dengan keberkatan kerja bila waktu kerja dipenuhkan dengan game?

Whatsapp cik Apple Hijau, Pokemon Go akan diuninstall. Sejurus selepas itu, Pokemon Go dihapuskan. Terasa lega di hati.

Berakhirnya riwayat perjuangan ShafiqeHaliman sebagai Pokemon hunter...

THE END.

Sunday, August 7, 2016

#2 Pokemon Go

Semalam aku ada install Pokemon Go di handphone aku. Walaupun internet dah lembab tapi aku tetap nak install jugak. Bukan sebab minat sangat, cuma nak tahu apa betul permainan ni sangat addicted seperti yang diperkatakan. Lagipun group whatsapp Jejaka Idaman pun selalu heboh pasal game ni.

Bila dah install, malam tu jugak aku dapat tangkap 5 ekor Pokemon. Tak ke mana pun, hanya dalam rumah sahaja mainnya. Tapi bila main, konsep game ini yang menangkap Pokemon in real life situation menyebabkan di awal permainan sangat addicted. Memang terasa nak travel macam Ash Ketchum tu jelajah seluruh dunia.

But pagi ni, ada 'discussion' yang serius dengan cik Apple Hijau. Bincang segalanya dari sudut pandang hukum, kenapa Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan keluarkan hukum, kelekaan orang yang main game tu sampai mengabaikan orang sekeliling dan sebagainya. Akhirnya, aku mengiyakan dan setuju untuk hanya main sendiri tanpa melibatkan dia utk bincang atau sembang tentang game ini. Dia tak suka.

Walaubagaimanapun, bila jalan ke Shah Alam petang hari ni pun, aku still buka game ni, cuma tak tunjuk ke cik Apple Hijau. Sebabnya, nak rasa macamane perasaan bila main game ni. Tak pasti la sama ada dia perasan atau tak, cuma aku tetap tumpu pada dia bila kami jalan-jalan di Plaza Alam Sentral. Banyak jugak Pokemon aku tangkap..hahaha!

Bila tiba malam, selepas 51 ekor Pokemon ditangkap hanya dalam masa 24 jam, sekarang dah jadi agak slow dan boring. Sebabnya kita perlu travel, berjalan sana sini untuk terserampak dengan Pokemon. Pokemon yang muncul pun sama je yang muncul. Jadi, bila duduk rumah habis dah semua Pokemon kawasan blok aku ni dah ditangkap. So, tutup je lah game ni.

Kita tengok sampai bila game ni boleh bertahan. Pada pandangan aku, akan sampai masanya jugak aku akan boring dan uninstall game ni. Let's wait and see...

Wednesday, July 20, 2016

#1 Post Pertama

Ni post pertama untuk blog ni.

Tujuan tulis blog?
Just suka-suka je. Orang suka share pasal diri mereka di Facebook dan di Instagram, tapi kadang-kadang malu la nak cerita hal remeh di sana.

Kita ni siapa la kan nak compare dengan kawan-kawan yang lebih berjaya dari aku. Lagipun yang sure akan baca blog ni adalah diri sendiri je in the future nanti.

Anyway, disebabkan ini post yang pertama, tak perlu panjang-panjang. Pendek sudaaaaaahhh!