Aku dah kerja lebih 3 tahun setengah dah. Di tempat kerja sekarang ni saja dah 3 tahun. Jawatan masih sama, skop kerja ke tukar sana sikit, sini sikit. Biasalah kerja dengan customer, dia pun bos kita, bos kita pun bos kita jugak.
Bila bukak Facebook, tengok kawan-kawan seangkatan kita masa belajar di sekolah atau di menara gading, semua berjaya.. Alhamdulillah, tahniah kepada semua. Tapi hati kecil terasa jugak bila tengok pencapaian mereka jauh lagi baik dari kita. Sayu je rasanya....
Ada yang pakai kereta yang gaji kita tak mampu dan ada yang ke sana sini untuk business trip meredah segala negara yang ada, China, Jepun, USA dan lain-lain. Tu tak kira yang dapat kerja di syarikat gergasi yang confirm gaji besar, tentu mereka gembira. Kadang-kadang tengok company mereka hantar training ke hotel pun kita jadi cemburu.
Sebab apa cemburu? Normal bagi manusia, hati ni selalu memujuk macam tu. Kita lihat orang lain naik kereta besar kita cemburu sebab kita pun teringin nak memiliki apa yang dia ada. Kalau kita dah pakai Honda Accord yang dah sangat mewah pun, tetap akan cemburu jugak dengan orang yang naik Ferrari. Bila compare bab kebendaan, memang tak pernah cukup.
Tapi bagaimana dengan kerjaya? Kita compare kita ni masih Assistant Engineer, orang lain dah naik pangkat atau dah kerja dengan syarikat best. Memang terusik jugak hati ni tengok kawan lain pakai smart pergi travel meeting dan sebagainya. Kita ni pulak masih menghadap customer dan tangan kotor dengan minyak.
Tapi aku pernah dengar kisah menakjubkan, ada seorang kerja sebagai Safety Engineer di pelantar, gaji RM16 ribu sebulan. Tapi bila isteri sakit bersalin di hospital, dia tak boleh balik. Sampai terpaksa menipu isteri kata helikopter esok akan sampai bila isteri call. Sedangkan helikopter hanya sampai seminggu dari hari tu. Allah, bila gaji tak ada masalah, manusia kalah dengan masa yang terbatas.
Bila direnung kisah itu, terdiam berfikir sekejap. Dengan kerja aku sekarang ni yang biasa-biasa, ada masa lagi dengan isteri dan keluarga. Ada lagi masa yang boleh digunakan untuk berehat. Terdetik masih bersyukur Allah masih peruntukkan masa untuk diri sendiri. Tapi bukan bermaksud tak perlu dah usaha untuk kerjaya kita....
....Usaha tetap kena usaha!
No comments:
Post a Comment